HARI RAYA KE-8
HARI ini saya tidur sepanjang masa. Kalau tetamu yang datang hanya kanak-kanak, saya buat tak tau je...kebetulan mereka anak-anak murid isteri saya atau kawan-kawan anak. Tetapi jika tetamu yang datangn itu berkeluarga, saya layan jugalah seadanya.
KELUARGA NOOR AWALIN DATANG
EN MUSTAFA dan isterinya Zainab serta anaknya Noor Awalin bersama 3 orang lagi anak lelakinya datang berkunjung dari Jementah Segamat. Noor Awalin mengajar di SMKYPeng sebagai Guru Pendidikan Khas. Kehadirannya bolehlah dikatakan membalas kedatangan kami ke rumahnya buat kali pertamanya pada minggu lalu.
CIKGU ABDUL RAHMAN DATANG
GPK 1, Abd Rahman bersama isteri dan anak lelakinya datang ke rumah saya jam 6 petang. Kami berbual-bual tentang sekolah dan kerjaya.
2 comments:
pesal arip tetiba wujud dlm gambo nih? apa kene mengenanya?
eh ehh...aku kan penghuni umah ni jugak..secara tak langsung aku wujud la..hahaha..banyak lagi posing2 yang tak diupload kerana tidak bersesuaian dengan tema raya kali ini..huahuahua..
Catat Ulasan