--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMBALI KE HETAMILAS DOT COM

Sekiranya anda ingin kembali ke hetamilas dot com sila KLIK di atas. Terima kasih kerana kunjungan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 27 September 2009

HARI RAYA KE-8

HARI ini saya tidur sepanjang masa.  Kalau tetamu yang datang hanya kanak-kanak, saya buat tak tau je...kebetulan mereka anak-anak murid isteri saya atau kawan-kawan anak. Tetapi jika tetamu yang datangn itu berkeluarga, saya layan jugalah seadanya.

KELUARGA NOOR AWALIN DATANG


EN MUSTAFA dan isterinya Zainab serta anaknya Noor Awalin bersama 3 orang lagi anak lelakinya datang berkunjung dari Jementah Segamat. Noor Awalin mengajar di SMKYPeng sebagai Guru Pendidikan Khas. Kehadirannya bolehlah dikatakan membalas kedatangan kami ke rumahnya buat kali pertamanya pada minggu lalu.

CIKGU ABDUL RAHMAN DATANG
GPK 1, Abd Rahman bersama isteri dan anak lelakinya datang ke rumah saya jam 6 petang.  Kami berbual-bual tentang sekolah dan kerjaya.

Sabtu, 26 September 2009

HARI RAYA KE-7

SAYA merupakan pelanggan pertama KLINK KOTA pada pagi ini.
'Selamat Hari Raya, cikgu!' kata doktor Rose.
''Selamat Hari Raya, doktor....' Jawab saya.

Selepas menelan ubat yang diberi, biasalah.....saya pun mengantuk.  Sekejap lagi nak tidurlah ni.  Harap-harap di sebelah pagi ni tiada tetamu yang datang.


HAMZAH DAN KELUARGA DATANG


HAMZAH ialah pembantu tadbir di PPD Batu Pahat. Saya sudah mengenalinya sejak mengajar di SK Seri Yong Peng dan ketika itu dia bertugas sebagai kerani di sekolah yang sama.  Biasanya setiap tahun saya akan berkunjung ke rumahnya di Taman Soga Batu Pahat. Pada tahun ini Hamzah dengan isteri dan 4 orang anaknya berkunjung ke rumah saya dalam perjalanannya pulang dari Segamat.
Saya mohon maaf sebab layanan yang diberikan  tidak seberap kerana  kesihatan saya yang kurang memuaskan.


Jumaat, 25 September 2009

HARI RAYA KE-6
Dah hari yang ke-6? Sekejapnya.
Kesihatan saya terganggu sedikit. Batuk-batuk dan seluruh badan kurang selesa. Tetamu masih datang menziarahi. Tetapi saya tidak beritahu mereka tentang status kesihatan saya. Malam tadipun saya tidur seawal 8.45 malam. Ada tetamu datang jam 9.00 malam, tetapi hanya dilayan oleh isteri dan anak-anak saya sahaja.

Pagi ini Jasmani dan keluarga datang jam 9.00 pagi. Tidak ada masalah, saya sudah bangun jam 5.00 pagi lagi.
Cuaca panas.

KE GELANG PATAH



SELEPAS Solat Jumaat saya mengajak isteri ke Gelang Patah.  Rumah besan. Selain berhari raya, untuk mengambil kunci rumah yang dibawa oleh Azam secara tidak senghaja. Lebih kurang setengah jam kemudian kami balik ke Yong Peng.  Saya masih belum sihat. Cadangan saya untuk singgah dan beraya di rumah beberapa orang rakan di sekitar Gelang Patah dan Pontian terpaksa dibatalkan. Di sepanjang perjalanan saya hanya tidur, kerana kereta dipandu oleh anak.

KAK NGAH BALIK KE SHAH ALAM

JAM 10 malam Kak Ngah dan suami serta Anwar balik ke Shah Alam. Keadaan saya bertambah teruk.  Dari paras pinggang ke bawah, saya rasa sakit menyucuk-nyucuk.  Saya ambil air suam dan rendam kedua belah kaki. Alhamdulillah lega sedikit.
Jam 12.30 terima sms menyatakan Kak Ngah sudah sampai Shah Alam. Eh...ini mesti laju bawa kereta.....
Catatan ini saya buat pada jam 1 tengah malam sebab mata tak  boleh lelap.
Esok, saya akan pergi ke klinik. Mesti pergi..............

Khamis, 24 September 2009

HARI RAYA KE-5

DAH duduk kat rumah je......
Anak-anak dah mula beraya dengan kawan-kawannya. Tadi pun beberapa orang kawan saya telah menyatakan akan beraya ke rumah saya. Kebanyakannya belum pernah datang. Saya menyuruh mereka telefon bila sampai di Pekan Yong Peng, agar tidak tersesat jalan.
Sekadar mencari peluh, saya dan anak saya, Azam memandikan kereta masing-masing.  Kita lawan kereta siapa yang kilat.......

ORANG YANG PALING SIBUK
INILAH orang yang paling sibuk di rumah. Bukan sahaja sibuk semasa bulan puasa, sebelum raya malah selepas raya pun sibuk lagi. Dari pagi sampai petang. Dari petang sempai ke malam. Walaupun dibantu oleh menantu dan anak-anaknya, peranannya tetap utama.




AYUB, ISTERI DAN ANAK-ANAK

Ayub tinggal di Pontian. Datang buat pertama kali ke rumah saya sempena hari raya, sebab kami pun baru berkenalan. Dia datang bersama isteri dan dua orang anaknya. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kesudiannya berkunjung ke rumah saya. Dapatlah makan ketupat yang isteri rebus pagi tadi.
Ayub merupakan pengunjung setia blog saya.


SUHAIMEE, ANAK SAUDARA DARI PT SULONG

SUHAIMEE anak sulung abang saya yang ke-3 datang bersama dua orang anaknya.  Selain dari itu, isteri dan adiknya Syafika yang masih menuntuk di UITM Bukit Mertajam. Dua orang anaknya tidak ikut serta.  Maklumlah, budak-budak sekarang kalau dah besar tak mahu ikut ibu bapanya berjalan sebab mereka ada program sendiri bersama kawan-kawannya.




PALING TAK SERONOK
PALING tak seronok pada hari ini bila cucu nak balik ke Johor Bahru.  Setelah 5 hari beraya di sini, sampailah masanya dia nak dibawa balik ke rumahnya sendiri.  Dan paling tak seronoknya bila bapanya terbawa sama seberkas kunci rumah saya. Harap- harap dia simpan kunci tu.............sampai saya datang ke rumahnya (entah bila).



Bergambar sebelum Iman balik....

Rabu, 23 September 2009

HARI RAYA KE-4
SEMUA anak saya masih ada di rumah. Hari ini anak-anak saya bercadang berjalan/beraya bersama kawan-kawannya. Saya mungkin di  rumah sahaja,  menerima tetamu yang datang, terutama anak-anak murid isteri saya.

MUHAMAD HANAFI DATANG

JAM 6 petang anak abang saya Muhamad Hanafi serta isteri dan anak-anaknya datang.  Mereka tinggal di Perak.  

Selasa, 22 September 2009

RAYA KETIGA


KESEMUA ANAK BERKUMPUL DI BAWAH SATU BUMBUNG


INILAH kali pertama kesemua anak saya (termasuk 2 orang menantu dan seorang cucu) berkumpul.  Waktu saya mengemaskini blog ini sekitar jam 4.30 pagi tadi saya lihat anak-anak lelaki (bujang) memenuhi ruang tamu.  Kedua-dua anak yang sudah berkeluarga di bilik  masing-masing. Terfikir saya, bagus juga idea isteri saya dulu membeli rumah bersebelahan, yang kemudiannya kami ubahsuai menjadi satu. Keluasannya memadai untuk menampung satu keluarga besar saya.  Nanti kalau semua sudah berkeluarga, pandai-pandailah membawa diri ke sudut mana nak tidur.
Jam 5.00 pagi suasana hening dipecahkan dengan tangisan cucu yang minta susu. Itu mengheret saya ke zaman ketika semua anak-anak saya masih kecil. 7 orang anak bukan sedikit.  Untuk membesarkannya tidaklah sepayah ibu bapa saya dahulu membesarkan saya, kerana saya dan isteri ada kerjaya tetap.  Kadang-kala terfikir di otak saya, betapa pasangan suami-isteri yang sudah lama berumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan zuriat atau kalau adapun hanya seorang sahaja.
Saya selalu memberitahu kawan-kawan berapa seronoknya mempunyai anak yang ramai (tetapi dengan syarat....semua anak menjadi manusia sempurna.  Terutama dari segi akhlak dan pendidikannya). Apabila kejayaan anak dapat dilihat satu persatu, maka segala penat lelah membesarkannya lenyap begitu sahaja. Saya selalu berdoa dan berharap agar suasana silaturahim adik-beradik serta ipar-duai anak-anak saya yang erat dan penuh kemesraan ini berpanjangan.  Jika adapun pertelingkahan atau berselisahan pendapat, ianya dapat diselesaikan dengan rasa persaudaraan.

PERKARA YANG PALING 'BEST' SEKALI

APA lagi kalau tak bermain-main dengan cucu.  Si Iman ni pun...dah mula tak mahu diletak.  Apa taknya semua orang sayang dan dukung dia.  Lepas seorang, seorang ambil dia.  Dia pun pandai berinteraksi....ketawa dan mengagah orang !

SAUDARA-MARA MULAI DATANG MENZIARAH

SAUDARA-MARA saya memang ramai.  Mereka berjanji nak datang hari ini.  Anak cucu abang dan kakak saya memang ramai (malas nak kira berapa semuanya).  Mereka tinggal berjauhan.  Apabila hari raya mereka datang ke rumah saya yang mereka panggil Pak Lang.  Ada juga yang tak datang.  Mungkin belum sempat atau tak menyempatkan masa.  Ada tak ada fikir yang baik je.....

Ini sebahagian daripada anak-anak dan cucu saudara saya.


Esah (Aishah) dan suaminya....dia baru lepas bersalin 47 hari.


Sebahagian lagi anak-anak saudara saya


Aiman ialah cucu saudara saya yang istimewa.  Setiap tahun (hari raya) dia akan datang bersama ibu bapanya.  Umurnya 6 tahun. Saya lihat banyak perkembangan positif padanya.


Mohd Hanif dari seorang jurutera dia berhenti untuk menjadi GSTT Pendidikan Khas. Dia juga anak saudara saya yang pada setiap tahun akan datang menziarahi Pak Langnya.


Sham dan Icak (anak saudara yang tinggal di Kulim) juga tidak lupa menziarahi Pak Langnya di setiap hari raya. Icak ialah anak abang saya.  Dia merupakan Guru Cemerlang Katering dan Persajian.  Hebat tentang masak-memasak tu....macam emaknya.

RAMAI-RAMAI BERAYA KE SEGAMAT
Buat pertama kalinya saya sekeluarga (12 orang - termasuk anak-anak menantu dan seorang cucu) beraya serentak.  Kami pergi ke rumah En. Mustafa di Taman Cempaka, Jementah.

Saya sedang berbual-bual dengan En. Mustafa.  Tidak banyak gambar-gambar yang menarik untuk dipaparkan. Kameraman yang ditugaskan, asik menangkap gambar-gambar dia sama dia je...

Isnin, 21 September 2009

HARI RAYA KE-2
HARI ini kami beraya ke Muar.  Tempat isteri.  Sebenanya kedua ibu dan bapa mertua saya telah tiada. Pada setiap tahun semua anak cucunya akan balik ke rumah peninggalan orang tua di Jalan Abdul Rahman, Muar.  Pada tahun ini mereka berkumpul dan membaca tahlil beramai-ramai.

Inilah diantara kaum keluarga sebelah isteri saya yang hadir. Ada juga yang tidak bergambar sebab tak muat.

TAHLIL RINGKAS

SEBELUM makan tengahari, kami mengadakan bacaan Yassin dan tahlil ringkas.

KAK NGAH SAMPAI DARI SHAH ALAM

WAKTU zohor baru Kak Ngah dan suaminya sampai di rumah atuk Muar. Tentu dia suka sebab berjumpa dengan saudara-maranya. Sampai je...terus makan.  Kak Ngah bawa kek hari jadi Capit.

HARI JADI CAPIT

BERTUAH Capit sebab hari jadinya disambut pada hari raya. Mula-mula dia malu bila disuruh memotong kek sebab orang ramai. Tetapi bila dipaksa, dia ikut je, sebab kalau lambat dipotong, kek akan cair. Majlis hari jadi yang paling ringkas itu turut diraikan oleh Atuk Anjang dari Singapura dan Pak Itam yang balik sebentar dari Australia.

MENZIARAHI BEKAS PENGELOLA PELAJARAN BATU PAHAT

PAK CIK saya (adik kepada emak mertua) yang bernama Tn Hj Mustafa bin Mohd Zahar ialah bekas Pengelola Sekolah Daerah Batu Pahat sekitar tahun 70an. Jawatan tersebut samalah dengan PPD sekarang. Dia tinggal berdekatan dengan rumah mertua saya.  Keadaannya telah uzur dan sedikit lupa-lupa.  Tetapi, dia kenal saya sebab saya selalu datang katanya.

MENZIARAHI KELUARGA ANGKAT ISTERI

KAMI (3 kereta) ke rumah adik (angkat) isteri yang terletak di Temiang. Sekejap saja di situ, sebab hari sudah petang dan belum sembahyang fardi Azar. Lagipung saya khuatir perjalanan akan terganggu (jem) sebab hari raya.

PERJALANAN BALIK YANG MEMBOSANKAN

KAMI meninggalkan bandar Muar pada jam 5.30 petang. betul sangkaan saya, mula-mula keadaan kenderaan seperti biasa, tetapi apabila sampai di kawasan Ayer Hitam, Muar; kenderaan sudah bergerak perlahan dalam barisan yang panjang. Nasib baik saya gunakan kereta yang gearnya jenis automatik. Relekslah sedikit. Keadaan berterusan sehinggalah ke Pekan Parit Sulong. Selepas jambatan, rasa lega sedikit. Masuk sahaja kawasan Pekan Parit Yaani, keadaan kenderaan mula sesak lagi.  Ini membawa sampai ke simpang Tol Yong Peng Utara. Sebenarnya keadaan demikian tidak akan berlaku jika semua pemandu bersabar dan tidak ada rasa 'gila'. Hal demikian terjadi, apabila ada kenderaan yang tidak sabar lalu memotong kiri, menyebabkan barisan kenderaan yang sepatutnya satu sahaja menjadi dua barisan dan kadang-kala menjadi tiga barisan.  Apabila tiba di jalan sempit atau jambatan barisan yang dua atau tiga tadi hendak menjadi satu. Itulah yang menjadi kesesakan.

SEMUA KELAPARAN

ISTERI saya kata penat nak masak. Eh! saya yang pandu kereta, dia pulak yang penat.  Kak Ngah berhenti di Pakan Yong Peng untuk membeli nasi goreng dan ayam goreng.  Nasib  baik ada kedai yang membuka perniagaan. Tiba rumah jam dah pukul 8.30 malam.  Terpaksalah qadak sembahyang Asar dan Maghrib. Teringat masa 'jem' tadi, rasa-rasanya kalau hari raya nak duduk rumah dan nonton TV je........