RAYA KETIGA
KESEMUA ANAK BERKUMPUL DI BAWAH SATU BUMBUNG
INILAH kali pertama kesemua anak saya (termasuk 2 orang menantu dan seorang cucu) berkumpul. Waktu saya mengemaskini blog ini sekitar jam 4.30 pagi tadi saya lihat anak-anak lelaki (bujang) memenuhi ruang tamu. Kedua-dua anak yang sudah berkeluarga di bilik masing-masing. Terfikir saya, bagus juga idea isteri saya dulu membeli rumah bersebelahan, yang kemudiannya kami ubahsuai menjadi satu. Keluasannya memadai untuk menampung satu keluarga besar saya. Nanti kalau semua sudah berkeluarga, pandai-pandailah membawa diri ke sudut mana nak tidur.
INILAH kali pertama kesemua anak saya (termasuk 2 orang menantu dan seorang cucu) berkumpul. Waktu saya mengemaskini blog ini sekitar jam 4.30 pagi tadi saya lihat anak-anak lelaki (bujang) memenuhi ruang tamu. Kedua-dua anak yang sudah berkeluarga di bilik masing-masing. Terfikir saya, bagus juga idea isteri saya dulu membeli rumah bersebelahan, yang kemudiannya kami ubahsuai menjadi satu. Keluasannya memadai untuk menampung satu keluarga besar saya. Nanti kalau semua sudah berkeluarga, pandai-pandailah membawa diri ke sudut mana nak tidur.
Jam 5.00 pagi suasana hening dipecahkan dengan tangisan cucu yang minta susu. Itu mengheret saya ke zaman ketika semua anak-anak saya masih kecil. 7 orang anak bukan sedikit. Untuk membesarkannya tidaklah sepayah ibu bapa saya dahulu membesarkan saya, kerana saya dan isteri ada kerjaya tetap. Kadang-kala terfikir di otak saya, betapa pasangan suami-isteri yang sudah lama berumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan zuriat atau kalau adapun hanya seorang sahaja.
Saya selalu memberitahu kawan-kawan berapa seronoknya mempunyai anak yang ramai (tetapi dengan syarat....semua anak menjadi manusia sempurna. Terutama dari segi akhlak dan pendidikannya). Apabila kejayaan anak dapat dilihat satu persatu, maka segala penat lelah membesarkannya lenyap begitu sahaja. Saya selalu berdoa dan berharap agar suasana silaturahim adik-beradik serta ipar-duai anak-anak saya yang erat dan penuh kemesraan ini berpanjangan. Jika adapun pertelingkahan atau berselisahan pendapat, ianya dapat diselesaikan dengan rasa persaudaraan.
PERKARA YANG PALING 'BEST' SEKALI
APA lagi kalau tak bermain-main dengan cucu. Si Iman ni pun...dah mula tak mahu diletak. Apa taknya semua orang sayang dan dukung dia. Lepas seorang, seorang ambil dia. Dia pun pandai berinteraksi....ketawa dan mengagah orang !
SAUDARA-MARA MULAI DATANG MENZIARAH
SAUDARA-MARA saya memang ramai. Mereka berjanji nak datang hari ini. Anak cucu abang dan kakak saya memang ramai (malas nak kira berapa semuanya). Mereka tinggal berjauhan. Apabila hari raya mereka datang ke rumah saya yang mereka panggil Pak Lang. Ada juga yang tak datang. Mungkin belum sempat atau tak menyempatkan masa. Ada tak ada fikir yang baik je.....
Ini sebahagian daripada anak-anak dan cucu saudara saya.
Esah (Aishah) dan suaminya....dia baru lepas bersalin 47 hari.
Sebahagian lagi anak-anak saudara saya
Aiman ialah cucu saudara saya yang istimewa. Setiap tahun (hari raya) dia akan datang bersama ibu bapanya. Umurnya 6 tahun. Saya lihat banyak perkembangan positif padanya.
Mohd Hanif dari seorang jurutera dia berhenti untuk menjadi GSTT Pendidikan Khas. Dia juga anak saudara saya yang pada setiap tahun akan datang menziarahi Pak Langnya.
Sham dan Icak (anak saudara yang tinggal di Kulim) juga tidak lupa menziarahi Pak Langnya di setiap hari raya. Icak ialah anak abang saya. Dia merupakan Guru Cemerlang Katering dan Persajian. Hebat tentang masak-memasak tu....macam emaknya.
RAMAI-RAMAI BERAYA KE SEGAMAT
Buat pertama kalinya saya sekeluarga (12 orang - termasuk anak-anak menantu dan seorang cucu) beraya serentak. Kami pergi ke rumah En. Mustafa di Taman Cempaka, Jementah.Saya sedang berbual-bual dengan En. Mustafa. Tidak banyak gambar-gambar yang menarik untuk dipaparkan. Kameraman yang ditugaskan, asik menangkap gambar-gambar dia sama dia je...
1 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah, kami bertolak dari rumah Pak Lang jam 11.30 pg dan selamat sampai di Kulim pada jam 10.00 mlm.(Rabu malam Khamis) tanpa kesesakan di Lebuhraya PLUS. Lambat sampai sebab berhari raya di RNR Seremban (isi minyak), RNR Tapah (solat zohor dan asar), tiba di Parit Buntar (sebelah Sham)pada jam 8.30 mlm.
Terima kasih Pak Lang. PSt!!Kita bukannya pandai masak sangat, setakat bancuh teh (teh uncang), masak nasi (pakai periuk letrik) dan buat lempeng tu, ok lah...
Catat Ulasan