--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMBALI KE HETAMILAS DOT COM

Sekiranya anda ingin kembali ke hetamilas dot com sila KLIK di atas. Terima kasih kerana kunjungan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 21 September 2009

HARI RAYA KE-2
HARI ini kami beraya ke Muar.  Tempat isteri.  Sebenanya kedua ibu dan bapa mertua saya telah tiada. Pada setiap tahun semua anak cucunya akan balik ke rumah peninggalan orang tua di Jalan Abdul Rahman, Muar.  Pada tahun ini mereka berkumpul dan membaca tahlil beramai-ramai.

Inilah diantara kaum keluarga sebelah isteri saya yang hadir. Ada juga yang tidak bergambar sebab tak muat.

TAHLIL RINGKAS

SEBELUM makan tengahari, kami mengadakan bacaan Yassin dan tahlil ringkas.

KAK NGAH SAMPAI DARI SHAH ALAM

WAKTU zohor baru Kak Ngah dan suaminya sampai di rumah atuk Muar. Tentu dia suka sebab berjumpa dengan saudara-maranya. Sampai je...terus makan.  Kak Ngah bawa kek hari jadi Capit.

HARI JADI CAPIT

BERTUAH Capit sebab hari jadinya disambut pada hari raya. Mula-mula dia malu bila disuruh memotong kek sebab orang ramai. Tetapi bila dipaksa, dia ikut je, sebab kalau lambat dipotong, kek akan cair. Majlis hari jadi yang paling ringkas itu turut diraikan oleh Atuk Anjang dari Singapura dan Pak Itam yang balik sebentar dari Australia.

MENZIARAHI BEKAS PENGELOLA PELAJARAN BATU PAHAT

PAK CIK saya (adik kepada emak mertua) yang bernama Tn Hj Mustafa bin Mohd Zahar ialah bekas Pengelola Sekolah Daerah Batu Pahat sekitar tahun 70an. Jawatan tersebut samalah dengan PPD sekarang. Dia tinggal berdekatan dengan rumah mertua saya.  Keadaannya telah uzur dan sedikit lupa-lupa.  Tetapi, dia kenal saya sebab saya selalu datang katanya.

MENZIARAHI KELUARGA ANGKAT ISTERI

KAMI (3 kereta) ke rumah adik (angkat) isteri yang terletak di Temiang. Sekejap saja di situ, sebab hari sudah petang dan belum sembahyang fardi Azar. Lagipung saya khuatir perjalanan akan terganggu (jem) sebab hari raya.

PERJALANAN BALIK YANG MEMBOSANKAN

KAMI meninggalkan bandar Muar pada jam 5.30 petang. betul sangkaan saya, mula-mula keadaan kenderaan seperti biasa, tetapi apabila sampai di kawasan Ayer Hitam, Muar; kenderaan sudah bergerak perlahan dalam barisan yang panjang. Nasib baik saya gunakan kereta yang gearnya jenis automatik. Relekslah sedikit. Keadaan berterusan sehinggalah ke Pekan Parit Sulong. Selepas jambatan, rasa lega sedikit. Masuk sahaja kawasan Pekan Parit Yaani, keadaan kenderaan mula sesak lagi.  Ini membawa sampai ke simpang Tol Yong Peng Utara. Sebenarnya keadaan demikian tidak akan berlaku jika semua pemandu bersabar dan tidak ada rasa 'gila'. Hal demikian terjadi, apabila ada kenderaan yang tidak sabar lalu memotong kiri, menyebabkan barisan kenderaan yang sepatutnya satu sahaja menjadi dua barisan dan kadang-kala menjadi tiga barisan.  Apabila tiba di jalan sempit atau jambatan barisan yang dua atau tiga tadi hendak menjadi satu. Itulah yang menjadi kesesakan.

SEMUA KELAPARAN

ISTERI saya kata penat nak masak. Eh! saya yang pandu kereta, dia pulak yang penat.  Kak Ngah berhenti di Pakan Yong Peng untuk membeli nasi goreng dan ayam goreng.  Nasib  baik ada kedai yang membuka perniagaan. Tiba rumah jam dah pukul 8.30 malam.  Terpaksalah qadak sembahyang Asar dan Maghrib. Teringat masa 'jem' tadi, rasa-rasanya kalau hari raya nak duduk rumah dan nonton TV je........

0 comments:

Catat Ulasan