--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMBALI KE HETAMILAS DOT COM

Sekiranya anda ingin kembali ke hetamilas dot com sila KLIK di atas. Terima kasih kerana kunjungan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 20 September 2009

PAGI RAYA
SUDAH menjadi kebiasaan isteri saya bangun awal untuk memasak juadah.  Anak-anak pun saya kejut awal sebab bapa saya pun dulu begitu.  Lagipun saya memang sakit hati kalau anak-anak bangun lewat. Apabila azan berkumandang dari surau yang berdekatan, saya pun bergegas mandi dan ke surau.

MENJAMAH JUADAH


BALIK dari surau saya dapati juadah sudah tersedia di atas meja.  Apa lagi makanlah.


Lepas tu barulah anak-anak ikut sama. Isteri saya...biasalah nak menghias diri dulu.

SOLAT SUNAT AIDIL FITRI
SAYA dan semua anak lelaki ke surau yang jauhnya tak sampai 100 meter dari rumah.  Lepas solat imam buat tahlil ringkas.


Balik rumah je...saya lihat Muhammad Iman sudah bersiap untuk dicium.



SESI BERMAAF-MAAFAN
RUTIN pertama di hari raya ialah sesi bermaafan dan pemberian 'angpau'. kepada yang memerlukan.


Mula-mula adegan emak dan ayah.


Ikhlas seorang suami kepada isteri yang selalu ditinggalkan.

LEPAS ITU GILIRAN ANAK-ANAK PULA






















ADIK-BERADIK JUGA TIDAK KETINGGALAN










Habis kisah bermaaf-maafan adik-beradik

SESI BERGAMBAR RAMAI







ZIARAH ADIK-BERADIK DI AYER HITAM
Tahun ini saya sekeluarga (kecuali Kak Ngah yang masih di Shah Alam), menziarahi abang dan kakak-kakak saya yang berada di Ayer Hitam.  Sebenarnya kami selalu bertemu.  Almaklum, Ayer Hitam bukannya jauh, cuma 20 minit perjalanan kereta.

Mula-mula ke rumah abang saya yang kedua. Usianya dah 70 tahun lebih. Dialah yang menangung persekolahan saya dulu selain ibu bapa. Pesara Guru Besar yang hebat bila bercakap.  Saya banyak belajar bercakap/bersyarah melaluinya semasa berada di sekolah rendah dulu secara tidak langsung. Abang saya ada 11 orang anak. Semuanya (kecuali seorang masih belajar di Politeknik JB) anaknya merupakan siswazah yang telah berkeluarga. Dua orang lagi masih berada di luar negara.
Lepas itu ke rumah kakak saya yang ketiga. Usianya sekitar 60an. Kakak saya ini mempunyai 9 orang anak.  7 orang daripadanya guru kerana mengikut jejak bapanya.  Dua orang lagi masih belajar.  Seorang daripadanya akan keluar negara tidak lama lagi. Kami tidak lama di rumahnya kerana ada tetamu lain datang. Rumah ketiga dan terakhir pada hari ini ialah ke rumah kakak saya yang pertama. Di rumahnya yang besar itu, saya dapati ramai anak dan menantu serta cucunya.  Saya pun dah tak berapa kenal cucu-cucu saya, sebab jarang berjumpa.  Tetapi kebanyakannya 'bulat-bulat' almaklum hidup dalam dunia serba mewah.  Dalam kerancakan saya bercerita dengan kakak dan anak-anak saudara. saya terlupa menyurun anak saya mengambil gambar.  Budak-budak ni, pun satu! Yang dah diarah jadi kameraman tu...jalankanlah tugas. Gaji dah diberi (pagi tadi).
Kami pulang ke rumah menggunakan jalan pintas, kerana kesesakan jalan raya dari tol Ayer Hitam ke lampu isyarat Pekan Ayer Hitam.

0 comments:

Catat Ulasan