HARI RAYA KE-6
Dah hari yang ke-6? Sekejapnya.
Kesihatan saya terganggu sedikit. Batuk-batuk dan seluruh badan kurang selesa. Tetamu masih datang menziarahi. Tetapi saya tidak beritahu mereka tentang status kesihatan saya. Malam tadipun saya tidur seawal 8.45 malam. Ada tetamu datang jam 9.00 malam, tetapi hanya dilayan oleh isteri dan anak-anak saya sahaja.
Pagi ini Jasmani dan keluarga datang jam 9.00 pagi. Tidak ada masalah, saya sudah bangun jam 5.00 pagi lagi.
Pagi ini Jasmani dan keluarga datang jam 9.00 pagi. Tidak ada masalah, saya sudah bangun jam 5.00 pagi lagi.
Cuaca panas.
KE GELANG PATAH
SELEPAS Solat Jumaat saya mengajak isteri ke Gelang Patah. Rumah besan. Selain berhari raya, untuk mengambil kunci rumah yang dibawa oleh Azam secara tidak senghaja. Lebih kurang setengah jam kemudian kami balik ke Yong Peng. Saya masih belum sihat. Cadangan saya untuk singgah dan beraya di rumah beberapa orang rakan di sekitar Gelang Patah dan Pontian terpaksa dibatalkan. Di sepanjang perjalanan saya hanya tidur, kerana kereta dipandu oleh anak.
KAK NGAH BALIK KE SHAH ALAM
JAM 10 malam Kak Ngah dan suami serta Anwar balik ke Shah Alam. Keadaan saya bertambah teruk. Dari paras pinggang ke bawah, saya rasa sakit menyucuk-nyucuk. Saya ambil air suam dan rendam kedua belah kaki. Alhamdulillah lega sedikit.

Jam 12.30 terima sms menyatakan Kak Ngah sudah sampai Shah Alam. Eh...ini mesti laju bawa kereta.....
Catatan ini saya buat pada jam 1 tengah malam sebab mata tak boleh lelap.
Esok, saya akan pergi ke klinik. Mesti pergi..............
0 comments:
Catat Ulasan